Friday, March 25, 2011

Nasihat vs Kutukan

Ada yang bertanyakan macam mana nak memberi nasihat pada sahabat baik sendiri.. Ye lah, mana tahu andai sahabat sendiri berkecil hati dengan nasihat yang diberi.. Semua orang nak membantu sahabat baik sendiri jika mereka sedang dalam kesusahan.. Bagaimana mengembalikan semula semangatnya dan mendapatkan kembali kekuatan untuk terus hidup.. Yang pertamanya, dah tentulah nasihat tu datangnya dari hati dan jujur.. Tapi macam mana?
Private – Biarlah dia rasa tenang bila nak bercerita tentang masalah.. Jangan pulak depan kawan²..
Mendengar – Teman yang baik ialah teman yang menjadi pendengar yang baik.. Jangan sekalipun menyampuk sewaktu dia sedang bercakap.. Kumpulkan semua maklumat dan mula buat kesimpulan.. Selepas itu baru lah bertanya kenapa, mengapa dan bagaimana.
Fikir – Sebelum memulakan bicara kenalah fikir dulu.. Sentiasa berhati² bila mengeluarkan kata².. Mungkin sesuatu akan menjadi lebih buruk andai kata² itu mengguris hati dia.. Lagi² masalah dia melibatkan wang dan cinta.. Fikir dulu kemungkinan yang akan berlaku dengan nasihat yang akan diberi nanti..
Beri Cadangan – Beri beberapa pendapat yang mungkin akan menyelesaikan masalah.. Buat beberapa pilihan yang mampu dia lakukan… Berikan sekali kemungkinan yang akan berlaku.. Yakinkan dia yang cara itu dapat membantunya.. Tapi jangan sampai memaksa.. Biar dia yang buat keputusan..
Kata Perangsang – Lagi sekali yakinkan dia yang dia mampu lakukan.. “bukan semua masalah tak boleh setel” “rileks la.. semua orang ada masalah.. life must go on” kata² yang selalu orang gunakan..
Tak berkesan? Takper.. Bagi dia masa.. Jangan paksa².. Tak elok.. Nanti berubah la tu..
Pun tak berkesan jugak? OK.. Kita buat cara ganas.. Apa lagi? Kutuk la! “wei polan! ko sedar la sikit ko tu sape.. sampai bila ko nak jadi cam nie? ko nak tunggu bla bla bla bla bla bla….. (sila habiskan sendiri)” ayat yang biasa digunakan.. Nescaya dia akan berterima kasih dengan kutukan korang tu nanti.. Haha..

0 comments:

I Follow

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails