Saturday, October 17, 2009

Kebosanan melanda


Dapat cuti lama memang laa seronok tapi ada masa rasa bosan keje banyak tapi tak der mood nak settlekan semua. Nasib baik line tenet agak ok cuma kekadang ada problem . Dapat laa berfacebook n baca blog kawan2 itulah rawatan kebosanan.. Hubby pulak semalam pegi melalak balik kul 2 pagi .. Janji pagi nie nak g jogging tapi tak tercapai pun .. Nak keluar makan pun malas jadi masak jer laa ala kadar sbb lauk kat dalam peti ada daging n tulang jer jadi dek kerna lapar buat jer daging goreng kunyit dgn telur dadar .. Lepas makan mata nie berat laa pulak .. sambil tgk tv hubby dah pun tertido. hmmmmmmmmmmm memang hari yang membosankan .. Tak kirapetang nanti nak minta dia tunaikan janji jugak. biar laa dia tido dulu ..

Sepi tanpa ...........

Tak tau dari mana nak akuu mulakan. Tapi yang pastinya hidup kami sepi dan sunyi tanpa tangisan seorang bayi. .. Luarannya nampak semua berjalan lancar namun kami tetap rasa sunyi dan sedikit sebanyak kami agak cemburu melihat kengkawan yang punya anak sendiri tapi kami ntah bila .. Betul benda nie tak boleh dipaksa. Tak tahu dimana silapnya .. Hanya orang yg mengalami saja akan memahami apa yg kami rasa. Jauh disudut hati kami amat merindui tangisan itu. Namun kami cuma berbisik sesama sendiri. Andai takdir aku tak punya ....... tegakah aku merelakan hubby punya seorang lagi isteri.. Tapi itulah yang selalu menghantui aku..

Ya allah tabahkan hati hambamu ini.

Hi tea

Sebenarnya tak dok apo nak tulis pun sebabnya geram ngan line tenet asyik problem jer nak pakai broadband hubby tak nak . Tak po laa sabar jo laaa. Semalam cuti sempena deepavali tak ada program cuma petang ada jamuan hi tea kat prince hotel. Disebabkan nak isi tempat yg banyak kosong jadi aku ngan hubby ikut serta laa . Kitaorg sampai lambat sebabkan solat jumaat. Masa aku otw miss low call tanya naper tak sampai lagi , dia kata aku lebih besau pangkat dari tun mahathirr aku jawab laa ala hubby kan raja. he he miss low gelak. Sesampai jer kat hotel rerupanya belum mula pun lagi.. Masuk jer ballroom badan aku dah mula rasa tak sedap. Memang sebelum g hotel aku dah sakit kepala ingat nak batalkan jer tapi ingatkan kesian pulak. Lepas jer makan sakit kepala menjadi2 apa lagi mintak diri n terus balik.

Sampai umah terus muntah. Hubby bagi panadol terus telan n tido ... Dekat maghrib barulah aku bangun rasa tahan laa sikit. Masa tgk nur kasih Terkejut pulak dapat msg dr kak zura kereta dia kena langgar masa balik dari hi tea. Itulah walaupun kita hati2 ada juga org langgar ..

Saturday, October 10, 2009

Ceritera raya 2009



bergaya di depan kereta ha ha ha


sempat lagi anak buah ambik



adik beradik yg tak ada abg lie n family, juah n family



org2 yang menyerang lepas solat raya, pak sedara n sepupu2




gambar yg di edit supaya semua ada dlm gambar


Dah lama juga aku tak update blog.. hmmm bukan tak nak update bila ada mood line tenet pulak buat hal. Tension rasanya.

Raya tahun nie turn aku beraya di umah aku .. seronok laa dapat raya ngan my mum .. Aku ingat raya tahun nie abg n kaka tak balik tapi rupanya along , abg yie , che kar balik cuma abg lie jerr tak balik katanya raya kat johor.. Tapi suasana dah tak semeriah dolu2 .. Rasa macam nak kembali ke masa dolu2 tapi yg pastinya tak kan terjadikan...

Dalam semua2 yg balik raya aku terakhir sampai. First sampai che kar , along n abg yie. Aku bertolak balik dr kl hari khamis lagi tapi singgah umah mama kat tgannu , hari buat ketupat baru aku bertolak balik ke klate .. Aku sampai 2 jam sebelum buka puasa sempat laa tlg mana2 yang patut .. Hari tue kira ma tukang tgk laa sbb anak menantu dia yg masak. Ma bila anak2 balik bukan main serronok dia ..

Lepas berbuka ma dan geng lelaki siap2 nak g solat . Aku n along ambik cuti so ma pesan laa suruh sediakan bahan sbb meeting sepakat nak buat nasi beriani dgn nasi bukhara.. Aku n along sambil tggu ma balik sembahyang potong daging , bawang , buat acar , sambal . Gulainya memang kena tggu ketua chef sbb nanti salah resepi pulak.Anak2 buah pulak tukang isi biskut n kerepek dalam balang.

Pepagi lagi aku dah bangun tapi along n ma lagi awal .. Tau2 laa aku kan kaki tido. Biasa laa rutin harian kami pagi2 hantar makanan kat jiran2 n mak2 sedara sekeliling umah n tak lupa tok guru ngaji quran. Sambil tggu nak g solat raya isi perut dulu. Geng2 laki n ma g solat raya aku kena makeupkan anak2 buah . Biasa laa diorg suka sangat suruh aku tukang makeup padahal aku main letak jerr. he he he

Semua hidangan dah ada atas meja tggu org datang jer. Lepas solat raya kami duduk bersalam-salaman n bergambar kenangan bukan apa tau dah jap lagi umah kitaorg akan diserang.. Kat sini aku letak 2-3 keping jer . Tengahari barulah kami semua dapat tutup umah jap sbb nak g ziarah kubur arwah ayah n nenek ( mak arwah ayah ) . Walaupun penat tapi happy. Hari raya ke2 n ke4 tugasan aku, ma , along n che ngah jadi tukang masak sbb ashraf sepupuku yg sebaya adikku juah kawin.

Wednesday, September 9, 2009

Kelate kato onde2 luar kata buah melaka

Seronok sungguh hari nie sbb boleh balik awak ke rumah .. Exam UPSR just satu paper jer iaitu mt1 pukul 9.30 dah abis dan dah boleh antar kertas ke bilik kebal . Tak tau nak buat apa kalau balik awal sangat nak makan pun puasa. Teringat pulak lauk kat dalam peti sudah sikit. hmm jadi aku singgah pasar keramat beli ayam, ikan sardin , ikaan terubuk , sayur2 , kelapa muda, dan gula melaka.
Sampai umah dok pikir pulak nak masak apa ya. pikir2 punya pikir buat nasi ayam jeee laa. simple jer sup , nasi , kicap , air lada haa bisa diatur .,. Nak masak awal lagi teringat pulak nak buat kuih onde2 buatan sendiri.. Ha nasib baik jadik.. tak sabar nak rasa .. mesti best.. hari nie air lada nasi ayam aku buat lain macam sikit sajer tukar resepi sesuka hati aku blend bahan2 yg biasa aku blend cuma aku tambah daun bawang sikit dgn daun ketumbar .. best gila bau dia. haa blm try tggu bukak puasa pasti tahu hasilnya macam mana ..

Saturday, September 5, 2009

Hari ini goyang kaki

Macam pelik jerr tajuk hari ini goyang kaki .. Apa tue ??? Seronok ada tukang masak baru datang dari hotel royale kah kah kah . Saper lagi chef wadi laa merangkap my lovely hubby . mana laa aku mampu upah chef datang masak utk berbuka. He he sebenarnya hari nie chef wadi nak menunjukkan kepakarannya dalam memasak. So apa lagi aku goyang kaki laa tgk jer apa chef masak.. Walaupun menu agak simple nampak macam best tggu waktu berbuka baru tau best ke tak . Menu yg disediakan oleh chef wadi hari nie daging masak kicap, ayam goreng kunyit .. ok laa tue . air utk berbuka pula dia nak sangat minum air limau nipis ais atau klate panggil singo beng ha ha ha.. tak sabar nak tggu waktu berbuka nak test masakan chef kalau pass so boleh laa ambil alih tugas chef ann boleh er chef wadi ??? dia boleh senyum jerr ....

Friday, September 4, 2009

NUR KASIH

sekarang aku demam tgk cerita nur kasih disiarkan di tv3 . Mula2 cerita nie main aku tak tgk pun ntah macam mana hubby aku tgk aku pun tumpang sekali ee bila dah tgk dah tak boleh miss laaa. Tapi yg aku geramkan cerita nie main sekali seminggu jerr dah laaa siar kejap iklan bukan main lama. Nak sangat tahu kesudahan cerita ini . Kalau nak tau cerita ini penolong pengarahnya anak pn rosnah .. aku try gak risik2 dari kak nah macam mana kesudahan cerita nie. Kak nah kata dia pun tak tau sbb anak dia suruh gk jerr dia tak nak pecahkan lobang gak, tak per laa nak buat macam mana so layan nur kasih